Skip to main content

Malaysia

Remaja perempuan maut dihempap kayu alang di tokong

71770254780_mayatgeneric.jpg
Pegawai klinik terbabit memaklumkan mangsa telah meninggal dunia selepas dihempap kayu alang di tokong terbabit.

KUALA LANGAT: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dihempap kayu alang di sebuah tokong di Tanjong Sepat di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat pada jam 8.34 malam.

Menurutnya, pegawai klinik terbabit memaklumkan mangsa telah meninggal dunia selepas dihempap kayu alang di tokong terbabit.

"Siasatan awal mendapati mangsa pergi ke tokong terbabit bersama keluarganya.

"Mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian

 

Must Watch Video