Skip to main content

Malaysia

Remaja perempuan antara lima direman kes penemuan rangka bayi

Suspek utama bersama tiga ahli keluarga lain serta teman lelaki suspek direman empat hari bagi membantu siasatan penemuan rangka bayi di laman rumah.
Suspek utama bersama tiga ahli keluarga lain serta teman lelaki suspek direman empat hari bagi membantu siasatan penemuan rangka bayi di laman rumah. - Foto Sinar Harian

ALOR GAJAH: Seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada rangka bayi ditemukan ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak di sini, antara lima yang direman bagi membantu siasatan kes itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarul Aris Kamaludin mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini, terhadap semua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Suspek lain ialah teman lelaki serta tiga ahli keluarga remaja perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelaki.

Terdahulu, mereka yang berusia antara 16 hingga 40 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Alor Gajah kira-kira 8.50 pagi dengan diiringi polis dan bergari.

Semalam, media melaporkan penemuan rangka bayi ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak  dipercayai sejak kira-kira empat bulan lepas.

-- BERNAMA 

Must Watch Video