Skip to main content

Malaysia

Remaja lemas di Sungai Sedim

71517655929_RemajaLemas.jpg
Seorang remaja ditemui lemas selepas mandi di Sungai Sedim, di Lata Bukit Hijau, di sini, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata Noor Sofia Mohd Rosli, 18 tahun, ditemui di dasar sungai pada jam 11.30 pagi.

Mangsa dikatakan pergi ke Kampung Sedim bersama adik angkatnya, Siti Fairuz Jamaluddin, 15 tahun, dan adik lelakinya, 11 tahun, dengan menaiki motosikal untuk mandi.

Menurut Siti, mangsa yang turun berseorangan ke kawasan lubuk secara tiba-tiba meminta tolong sebelum lemas.

Sejurus itu beberapa penduduk kampung terus bertindak membantu mencari mangsa.

Tambah Siti lagi beberapa hari sebelum kejadian, mangsa berkelakuan ganjil dan memberitahu dia seringkali bermimpi tentang Arwah Ayahnya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.


Must Watch Video