Skip to main content

Malaysia

Remaja hilang di Pantai Balok keluar dari asrama tanpa kebenaran

lemas, pantai balok_Gambar Media Sosial
Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sejak petang semalam.

KUANTAN: Aktiviti yang dijalankan beberapa pelajar di Pantai Balok di sini semalam bukan sebahagian daripada program rasmi yang dianjurkan pihak sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian petang semalam, beberapa pelajar telah keluar asrama untuk beriadah tanpa pengetahuan pihak sekolah.

“JPN Pahang prihatin terhadap kehilangan seorang pelajar sekolah sewaktu beriadah bersama rakan-rakan di Pantai Balok, Pahang pada Jumaat.

“Usaha mencari pelajar yang hilang sedang dipergiatkan dengan bantuan pihak berkuasa. JPN Pahang mendoakan semoga pelajar yang hilang dapat segera ditemui dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan seorang remaja  lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di pantai berkenaan semalam. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video