Skip to main content

Malaysia

Lelaki OKU ditemukan maut dalam tandas, bilik penginapan terbakar

61760426669_TBgarisanpolis.jpg
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan

SIBU: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dalam tandas di bilik sebuah tempat penginapan sewa yang terbakar di Jalan Tukang Besi di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Johnathan Goh Yow Chyang, 43, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

“Pasukan keluaran operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral dengan kekuatan 10 anggota dan jentera digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan kejadian pada 6.53 pagi.

“Kebakaran didapati berlaku di sebuah bilik di tingkat bawah yang menyebabkan musnah sepenuhnya dan hasil pemeriksaan menemukan seorang lelaki di dalam ruangan tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, api berjaya dikawal pada 6.58 pagi dan operasi tamat pada 8.40 pagi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video