Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Rakyat Iran tidak akan lupa sokongan kerajaan, rakyat Malaysia - Duta

KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi ketika bertemu pengamal media pada Majlis Ulang Tahun Kemenangan Revolusi Islam Iran ke-47 di sebuah hotel malam ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sikap membisu terhadap ancaman Presiden AS Donald Trump untuk melakukan jenayah perang secara tidak langsung memberi isyarat persetujuan, ujar Valiollah. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pendirian berani dan berprinsip ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap konflik di Iran mencerminkan sikap berpihak kepada kebenaran.

Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi berpendapat prinsip Anwar berpotensi meningkatkan kedudukan diplomatik di antara Iran dan Malaysia.

“Sejarah akan menilai pendirian ini dengan adil, dan rakyat Iran tidak akan melupakan sokongan kerajaan serta rakyat Malaysia,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan hari ini.

Valiollah turut menggesa komuniti antarabangsa untuk mengambil peduli tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran sejak konflik meletus pada 28 Feb lalu.

Menurutnya, serangan AS disasarkan terhadap infrastruktur awam, institusi pendidikan, loji janakuasa, kemudahan minyak dan gas serta jambatan menunjukkan pelanggaran yang nyata terhadap undang-undang antarabangsa. 

“Ini bukan aset ketenteraan, ini adalah nadi kehidupan rakyat biasa. Kemusnahan ini menghukum keluarga, menjejaskan para pekerja dan mengancam nyawa orang awam.

“Sikap membisu terhadap ancaman Presiden AS Donald Trump untuk melakukan jenayah perang secara tidak langsung memberi isyarat persetujuan,” katanya.

Beliau menyentuh mengenai beberapa serangan seperti di Jambatan B1 yang sedang dalam proses pembinaan, Loji Tenaga Nuklear Bushehr.

Tegasnya infrastruktur tersebut dibina dengan usaha keras rakyat Iran setelah menghadapi sekatan pelbagai sudut yang tidak adil oleh AS sejak 47 tahun lalu.

“Kini, sistem yang dibina untuk kelangsungan hidup masyarakat awam sengaja dimusnahkan, tindakan ini telah melangkaui politik dan konflik, ini merupakan serangan terhadap kemanusiaan itu sendiri,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan Trump yang ingin mengembalikan Iran ke zaman batu yang dianggap sanggup menekan warganya sehingga menderita pada skala yang sukar dibayangkan.

Kata-kata ini tidak boleh diabaikan, Ia adalah satu amaran, ujar Valiollah.

Valiollah turut mengulangi sikap rakyat Iran yang tetap teguh berdepan intimidasi dan menggesa agar tindakan AS dihentikan demi memastikan kedaulatan mana-mana negara dan keselamatan orang awam kekal terjamin.

“Jika jenayah sebegini boleh dilakukan terhadap satu negara, ia juga boleh berlaku kepada negara lain selagi tiada pihak dipertanggungjawabkan,” katanya lagi.

Must Watch Video