Skip to main content

Malaysia

Raba punggung kanak-kanak 7 tahun, pelajar IPT didakwa mencabul

71572949947_PEMUDACABUL.jpg
Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun.

Tertuduh Mohamad Khairin Safwan Khairul Azman, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 14(a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa  dengan cara meraba bahagian punggung kanak-kanak berkenaan.

Perbuatan dilakukan  pada 25 Januari lalu,  di sebuah rumah di Kampung  Losong,  Kuala Terengganu sekitar jam 5 petang.

Jika sabit kesalahan tertuduh  boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 27 Disember depan bagi sebutan  semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Must Watch Video