Skip to main content

Malaysia

QZ8501: Mayat ke tujuh mangsa nahas ditemui

41420003780_295x200.jpg
Satu lagi mayat mangsa nahas pesawat Air Asia QZ8501 telah berjaya ditemui Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Indonesia pada hari ini, menjadikan jumlah mayat mangsa nahas kepada tujuh orang setakat ini.

Menurut portal berita Kompas TV, mayat ketujuh yang ditemui itu belum dapat dipastikan jantinanya.

Pada masa sekarang, empat mangsa yang ditemui hari ini masih berada di kapal SAR KRI Bung Tomo, dan akan dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah bila cuaca kembali baik.

Pada Selasa, tiga mayat telah ditemui dan dipindahkan ke  Hospital Bhayangkara di Surabaya untuk proses pengecaman.


Must Watch Video