Skip to main content

Malaysia

Pulau Pinang tidak laksana BDR, tiada keperluan mendesak - Chow

51732247097_ChowKonYeow.jpg
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira ketiadaan keperluan mendesak untuk berbuat demikian ketika ini. - Gambar fail

GEORGE TOWN: Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang hari ini memutuskan agar tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam susulan cabaran kenaikan harga bahan api.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira ketiadaan keperluan mendesak untuk berbuat demikian ketika ini.

"Kita rasa bukan sesuai untuk semua bekerja secara BDR dan tiada keperluan mendesak," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Jumaat lepas, Chow berkata kerajaan negeri sedang meneliti pelaksanaan BDR bagi penjawat awam susulan cabaran kenaikan harga bahan api berikutan krisis tenaga global dan akan mengadakan perbincangan dalam MMK hari ini.

Pada 26 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan peraturan kerja lebih anjal bagi penjawat awam termasuk BDR bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan minyak dunia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video