Skip to main content

Malaysia

Provokasi agama: Serah kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan - PM Anwar

Anwar Provokasi agama
Perdana Menteri berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat supaya menyerahkan
sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama.

Beliau yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus melalui siasatan yang sedang dijalankan.


“Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa tuduhan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada 25 Feb lepas, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dan setakat semalam, sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.


-- BERNAMA
 

Must Watch Video