Skip to main content

Malaysia

Polis tahan lelaki Indonesia bantu siasatan kes sembunyi kelahiran kematian bayi

PORT DICKSON, 8 Dis -- Ketua Polis Daerah Nilai baharu Superintenden Johari Yahya pada Majlis Hi-Tea bersama Media di Mess Greysands Polis Diraja Malaysia (PDRM) Port Dickson hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mnurut Johari, hasil maklumat awal mendapati wanita itu dipercayai melahirkan anak kembar di rumah tanpa bantuan perubatan. Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan sebelum mayat bayi itu ditanam. - Gambar Bernama

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah di Labu dekat sini pada 3 April lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, lelaki berusia awal 30-an itu ditahan susulan laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar yang memaklumkan seorang wanita warga asing berusia 39 tahun mendapatkan rawatan akibat pendarahan serta komplikasi kesihatan di hospital itu pada 9.53 pagi Selasa.

“Hasil maklumat awal mendapati wanita itu dipercayai melahirkan anak kembar di rumah tanpa bantuan perubatan. Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan sebelum mayat bayi itu ditanam.

“Polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan seterusnya menggali semula kubur mayat bayi itu untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video