Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Laluan maritim terus beroperasi di Selat Hormuz walaupun AS laksanakan sekatan - Data

FILE PHOTO: A cargo ship in the Gulf, near the Strait of Hormuz, as seen from northern Ras al-Khaimah, near the border with Oman’s Musandam governance, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in United Arab Emirates, March 11, 2026. REUTERS/Stringer/File Photo/File Photo/File Photo
Kapal-kapal terus bergerak melalui Selat Hormuz ketika pasukan tentera laut Amerika Syarikat melaksanakan sekatan terhadap Iran di laluan perairan strategik itu, menurut data. - Gambar fail Reuters

ISTANBUL: Kapal-kapal terus bergerak melalui Selat Hormuz ketika pasukan tentera laut Amerika Syarikat melaksanakan sekatan terhadap Iran di laluan perairan strategik itu, menurut data.

Sejak sekatan bermula pada 5.30 petang Isnin waktu tempatan di Iran (1400 GMT), sebanyak 14 kapal memasuki Teluk dan tujuh kapal keluar dari selat dalam tempoh itu.

Secara keseluruhan, 21 kapal melalui selat berkenaan manakala 13 kapal masih berada di kawasan itu setakat 1300 GMT pada Selasa, menurut statistik Anadolu Ajansi daripada sumber berkaitan.

Sehingga Selasa, kira-kira 2,000 kapal terkandas di bahagian Teluk dan kira-kira 400 kapal sedang menunggu untuk memasuki Teluk melalui Selat Hormuz.

Data daripada MarineTraffic menunjukkan kapal yang dikenakan sekatan oleh AS turut melalui selat itu.

Pasukan tentera laut AS dilaporkan mewujudkan sekatan di sepanjang garisan antara Teluk Gwadar  dan Ras al Hadd, di mana trafik kapal yang padat berterusan sejak operasi bermula.

TankerTrackers.com menyatakan beberapa kapal menyiarkan isyarat Sistem Pengenalan Automatik (AIS) palsu untuk menyembunyikan identiti mereka.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video