Skip to main content

Malaysia

Polis buru tiga suspek cuba samun kedai pajak gadai di Puchong Prima

PDRM

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai pajak gadai di kawasan Puchong Prima, dekat Puchong pada Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin lalu daripada pengurus premis berkenaan.

"Semasa kejadian, ketiga-tiga suspek lelaki yang menutup muka dan bersenjatakan objek menyerupai parang cuba memasuki ruang kaunter kedai terbabit namun gagal sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Pengadu kemudian terus membunyikan penggera keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan rompakan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222.

Must Watch Video