ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Mei 2026.
1. Malaysia tidak jual minyak kepada negara ASEAN, masih import 400,000 tong sehari - Johari
Malaysia tidak melakukan sebarang jualan minyak ke negara-negara anggota ASEAN kerana masih perlu mengimport kira-kira 400,000 tong minyak mentah sehari.
2. Warga emas maut, isteri parah dipukul dalam kes samun di Manjung
Seorang lelaki warga emas maut, manakala isterinya parah dipukul dengan objek keras dalam kes samun di sebuah rumah di kawasan Jalan Melayu, Ayer Tawar, Manjung, semalam.
3. Polis tumpas dua sindiket antarabangsa, rampas bunga ganja RM12.6 juta
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi tiga siri serbuan berasingan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Sepang hujung April lalu, dengan rampasan bunga ganja dianggarkan bernilai RM12.6 juta.
4. Undi 10 MP PKR penting lulus RUU pisah peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya - Rafizi
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pendirian tersebut dibuat atas prinsip reformasi institusi dan akauntabiliti awam.
5. ASEAN 2026: Malaysia cadang mekanisme stok makanan kecemasan serantau - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, krisis tenaga yang berlaku ketika ini mula memberi kesan langsung kepada sektor makanan di rantau ASEAN.
6. Kemelut DUN Negeri Sembilan: Polis rakam keterangan 49 individu
Siasatan dijalankan susulan laporan diterima berhubung kandungan berpotensi cetuskan provokasi, keresahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
7. MCMC kenal pasti 15,296 akaun palsu guna nama kerabat diraja - Fahmi
MCMC kenal pasti 15,296 akaun palsu guna nama kerabat diraja - Fahmi
8. Penternakan babi: Teliti titah Sultan Selangor susulan berlaku pelbagai 'keterlanjuran' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pandangan dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi adalah berasas susulan pelbagai ‘keterlanjuran’ yang berlaku sehingga menjejaskan kesihatan awam.
9. RUU Pendanaan Politik masih dikaji, perlu persetujuan semua parti - Azalina
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik masih dalam proses kajian dan memerlukan persetujuan semua parti politik.
10. Bersatu pecat dua ADUN, gantung lima Ahli Parlimen
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung lima Ahli Parlimen mereka hari ini.