Skip to main content

Malaysia

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah

51750563016_SultanNegeriKedah.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-83 Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Perdana Menteri turut mendoakan Sultan Sallehuddin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Daulat Tuanku," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Sultan Sallehuddin, Sultanah Maliha serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah.

-- BERNAMA






Must Watch Video