Skip to main content

Malaysia

PM Anwar kecam serangan ke atas Haresh Deol - Fahmi

71676459490_HareshDeol.jpg
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol, yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam serangan ke atas wartawan Haresh Deol sebagai tindakan yang tidak patut berlaku, menegaskan kekerasan terhadap wartawan tidak dibenarkan.
  • Pihak berkuasa akan menjalankan siasatan penuh berhubung insiden serangan dua individu terhadap Haresh, di mana suspek dipercayai tersalah sasaran disebabkan motif peribadi.
  • Kejadian ini menimbulkan kebimbangan keselamatan wartawan serta menyorot isu perlindungan pekerja media semasa menjalankan tugas mereka.


Beliau berkata Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan terhadap wartawan tidak sepatutnya berlaku terutama ketika mereka menjalankan tugas.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan penuh," katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini.

Pada Selasa lepas, Haresh diserang oleh dua individu dalam satu insiden di Bangsar, dengan seorang daripadanya bertindak merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan suspek terlibat telah ditahan dan dipercayai tersalah sasaran dengan menyerang Haresh.

Beliau berkata siasatan awal mendapati serangan itu dipercayai berpunca daripada motif peribadi, dengan dakwaan kononnya mangsa mengganggu isteri suspek.

-- BERNAMA







Must Watch Video