Skip to main content

Malaysia

PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi

61712129331_TBhospitaljpg.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga yang terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi, Perak, pada Mac lepas.

Menerusi hantaran di media sosialnya hari ini, beliau berkata sumbangan itu telah disampaikan oleh setiausaha politiknya Muhammad Kamil Abdul Munim.

"Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kerugian yang mereka alami, insya-Allah," kata Anwar.

Perdana Menteri juga berkata berdasarkan laporan, Mydin telah mengalami kerugian sekitar RM50 juta akibat insiden itu.

"Saya zahir simpati terhadap nasib peniaga yang menjadi mangsa," kata beliau.

-- BERNAMA

Must Watch Video