Skip to main content

Malaysia

3 pelajar sekolah diberkas curi tabung surau

Tiga remaja lelaki yang masih bersekolah ditahan polis selepas disyaki mencuri wang derma tabung surau dalam kejadian di kawasan Kangkar Pulai. Gambar kecil: Kumarasan -- SINAR HARIAN
Kumarasan (gambar kecil) berkata, semua suspek berusia antara 13 dan 15 tahun ditahan dalam operasi kira-kira jam 11.10 hingga 11.41 malam pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

ISKANDAR PUTERI: Tiga remaja lelaki yang masih bersekolah ditahan polis selepas disyaki mencuri wang derma tabung surau dalam kejadian di kawasan Kangkar Pulai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada Khamis lalu.

Jelasnya, kesemua suspek berusia antara 13 dan 15 tahun itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 11.10 malam hingga 11.41 malam pada Jumaat.

“Hasil tangkapan itu, polis turut merampas dua tabung surau dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan.

"Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," ujarnya lagi.

Menurut beliau, penahanan suspek berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian wang derma tabung surau serta satu kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di kawasan sama. - Sinar Harian

 

Must Watch Video