Skip to main content

Malaysia

PM Anwar batal lawatan kerja ke Pahang akibat masalah kesihatan

71761495848_TBAnwarIbrahim.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pembatalan tersebut dibuat pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan selepas beliau mengalami masalah sakit belakang yang menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.

“YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi bagi memastikan tahap kesihatan beliau kembali pulih,” kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, Anwar memohon maaf kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.








Must Watch Video