Skip to main content

Malaysia

PKP: Tanam padi, tangkap ikan dibenarkan - Ismail Sabri

51586073724_pertanian.jpg
Datuk Seri Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa sektor pertanian dan perikanan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, arahan itu tertakluk kepada keseluruhan aktiviti berkaitan termasuk perkilangan, logistik serta pergerakan kenderaan yang mengangkut hasil pertanian tidak akan disekat oleh pihak berkuasa.

“Setiap aktiviti dan operasi berkaitan sektor pertanian dibenarkan.

“Justeru ada yang tanya, boleh ke nak tanam padi, tabur benih padi dan tangkap ikan oleh nelayan? Semuanya  dibolehkan seperti biasa.

“Kita nak jelaskan bukan sekadar pengeluaran tetapi apa juga berkaitan rantaian pertanian termasuk kenderaan pengangkutan pertanian dibenarkan seperti biasa,” demikian katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.

Jelasnya, arahan itu dilaksanakan bagi memastikan bekalan pertanian adalah mencukupi khususnya kepada mereka yang bergantung kepada sektor tersebut.

Must Watch Video