Skip to main content

Malaysia

PGA rampas rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2 juta

71748469193_TBrampasrokok.jpg
IPOH: Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Kedah berjaya merampas 6,100 karton rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai bernilai lebih RM2 juta.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata operasi itu dilaksanakan di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar persimpangan Jambatan Pulau Pinang.

"Hasil soal siasat mendapati bekalan rokok dibawa dari selatan tanah air untuk diedarkan bagi pasaran negeri di utara.

"Pihak Cawangan Risik Batalion 2 PGA telah berjaya mengesan pergerakan aktiviti dan modus operandi yang digunakan dalam membawa muatan rokok sebelum diedarkan kepada pihak peniaga sejak sebulan lepas," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA





Must Watch Video