Skip to main content

Malaysia

Perlis, sebahagian Kedah dan Perak alami gelombang haba

PADANG TERAP, 22 Mac -- Keadaan tanah sawah yang kering dan merekah akibat cuaca panas di sini, hari ini.  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa daerah Padang Terap merekodkan Tahap 2 (Gelombang Haba) setakat jam 4 petang.  Manakala, 10 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga).  Kawasan terlibat ialah seluruh Perlis; Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu di Kedah; serta daerah Timur L
MetMalaysia memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Lima daerah di Kedah, selain Hulu Perak di Perak serta seluruh negeri Perlis merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah yang terlibat dengan gelombang haba di Kedah ialah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Kota Setar.

Berdasarkan rekod yang dikemas kini di laman rasmi MetMalaysia, beberapa kawasan lain di Kedah merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pulau Langkawi.

Cuaca panas Tahap 1 turut dilaporkan di Perak Tengah, Kinta, Kuala Kangsar dan Selama di Perak; Timur Laut serta Daerah Utara di Pulau Pinang; Jerantut di Pahang; dan Lubok Antu di Sarawak.

Kriteria cuaca panas Tahap 2 atau gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius, manakala Tahap 1 pula melibatkan suhu antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kedua-dua tahap ini direkodkan apabila suhu berkenaan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video