Skip to main content

Malaysia

Perlis, empat daerah di Kedah catat gelombang haba Tahap 2 - MetMalaysia

PADANG BESAR, 26 Mac -- Jalan lama di Empangan Tasik Timah Tasoh, di sini, kembali muncul susulan penyusutan paras air akibat cuaca panas berpanjangan.  Laluan sepanjang kira-kira satu kilometer di Kampung Sahabat, Tasoh yang sebelum ini tenggelam selepas pembinaan empangan itu pernah menghubungkan Jalan Sahabat ke Batu 12, Kampung Tasoh.  Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, setakat jam 4 petang tadi, Perlis berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) dengan suhu harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekur
Jalan lama di Empangan Tasik Timah Tasoh, di Padang Besar, kembali muncul susulan penyusutan paras air akibat cuaca panas berpanjangan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Seluruh Perlis dan empat daerah di Kedah mencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kemas kini status cuaca panas memaklumkan daerah yang terlibat bagi Tahap 2 di Kedah ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Sik.

Sementara itu, 16 kawasan yang diletakkan di bawah Tahap 1 ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah selain daerah Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang.

Turut merekodkan status sama ialah Hulu Perak, Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak, Jerantut di Pahang dan Segamat di Johor.

Status Tahap 2 atau gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum berada dalam lingkungan 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

-- BERNAMA 

Must Watch Video