Skip to main content

Malaysia

Penduduk Tawau panik seketika akibat gegaran

41450665881_GempaTawau.jpg
Penduduk sekitar pantai timur Sabah khususnya di daerah Tawau panik seketika apabila berlaku gegaran kuat sehingga menyebabkan orang ramai termasuk di pusat bandar berlari keluar ke jalan raya.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi, gegaran berukuran 6.2 magnitud tersebut berlaku pada pukul 2.47 pagi tadi yang berpusat di Tarakan, Indonesia kira-kira 96km dari Tawau.

Gegaran juga dapat dirasai di Semporna dan Lahad Datu.

Orang ramai keluar ke jalan raya selepas merasai gegaran tersebut.

Must Watch Video