SHAH ALAM: Pendengaran hujahan permohonan notis usul supaya kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan di Mahkamah Tinggi di sini ditetapkan Isnin depan.
Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan tarikh itu selepas pihak Ketua Polis Negara (KPN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon masa untuk memfailkan affidavit balasan yang dibuat ibu Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45.
Sebelum ini, media melaporkan hasil siasatan jawatankuasa kematian pegawai kadet Palapes UTM mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam insiden berkenaan.
Mangsa meninggal dunia ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Darat (Pulada) Ulu Tiram pada 28 Julai lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jawatankuasa siasatan itu mendapati semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih mengesahkan tiada kelakuan atau tindakan berbentuk penderaan sepanjang tempoh latihan.
Mohamed Khaled berkata, latihan yang diadakan dari 27 Julai hingga 2 Ogos itu dilaksanakan mengikut garis panduan serta prosedur yang ditetapkan.
Pada 1 Ogos lalu, PDRM dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kematian seorang pelatih Palapes itu. - Sinar Harian