Skip to main content

Malaysia

Pemandu cedera bas terbalik di Lebuhraya Elite

51453565849_CarAccident.jpg
Seorang pemandu bas cedera apabila bas dipandunya terbalik selepas merempuh belakang kereta di Kilometer 14.7 Lebuhraya Elite.

Bagaimanapun tiada penumpang di dalam bas ketika ia merempuh kereta berkenaan dalam kejadian sekitar 9 malam tadi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan selepas melanggar kereta, bas berkenaan hilang kawalan dan terbalik di tengah-tengah laluan lebuh raya.

Dua jentera, masing-masing dari balai bomba dan penyelamat Cyberjaya serta Subang Jaya, dikerahkan untuk mengeluarkan pemandu bas yang tersepit.

Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu bas pula cedera di kaki dan  dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

Must Watch Video