Skip to main content

Malaysia

Parlimen: RUU Perbekalan 2022 Kementerian Perpaduan lulus

51637658336_parlimen.jpg
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2022 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Perkara itu diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM342,528,400 bekalan B14 Perbelanjaan Mengurus serta P14 bagi Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.

Seramai 23 ahli Dewan Rakyat berbahas peringkat jawatankuasa RUU itu sejak jam 12 tengah hari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggulung perbahasan.

Must Watch Video