Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Najib ucap tahniah kepada Presiden Brazil Dilma Rousseff

51414382567_295x200.jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Brazil, Dilma Rousseff, selepas beliau berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua pada Ahad.

"Tahniah Pres @dilmabr di atas pemilihan semula. Malaysia akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Brazil," kata Najib dalam akaun Twitter beliau malam ini.

Media melaporkan keputusan rasmi menunjukkan Rousseff, presiden pertama wanita di Brazil, memperoleh kemenangan dengan 51.59 peratus manakala calon pembangkang Aecio Neves mendapat 48.41 peratus selepas 99 peratus undi dikira.

Must Watch Video