Skip to main content

Malaysia

Mukhriz: Kedah adakan konsultasi sebelum TPPA ditandatangani

81365225515_295x200.jpg
Kerajaan negeri Kedah telah mengadakan konsultasi beberapa kali dengan kerajaan Persekutuan sebelum sebelum perjanjian perkongsian trans-pasifik (TPPA) ditandatangani.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata konsultasi ini berlaku sejak 2011 dan terbaru pada Julai lalu bersama Menteri Perdagangan  Antarabangsa Dan Industri (Miti) Datuk Mustapha Mohamed.

Ia adalah penting bagi mendapat maklum balas terbaik  sebelum TPPA ditandantangai bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Katanya kerajaan negeri tidak terburu-buru dalam perkara ini  dan telah mendapat jaminan bahawa sebelum sebarang perjanjian dibuat kepentingan rakyat lebih diutamakan dan dipelihara.

“Kerajaan perlu melihat secara mendalam kerana ia melibatkan  bidang pertanian, industri kecil dan sederhana, perubatan dan perolehan kerajaan,” katanya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri bersidang.

Must Watch Video