Skip to main content

Dunia

Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul

Police officers walk near the scene, after a gunfire was heard near the building housing the Israeli consulate, according to a witness, in Istanbul, Turkey, April 7, 2026. REUTERS/Umit Bektas
Keadaan di sekitar konsulat Israel di Istanbul, Turkiye apabila sekumpulan individu melepaskan tembakan menggunakan senapang laras dan pistol di kawasan berkenaan. - Reuters

SEORANG penyerang terbunuh manakala dua anggota polis cedera ringan dalam satu insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, Turkiye.

Gabenor Istanbul, Davut Gul berkata, kejadian tercetus apabila sekumpulan individu melepaskan tembakan menggunakan senapang laras dan pistol di kawasan berkenaan.

Jelas Davut, tiada kakitangan diplomatik Israel ditempatkan di konsulat tersebut sejak kira-kira dua setengah tahun lalu.

Tambah beliau, kawalan keselamatan di sekitar premis berkenaan telah dipertingkat sejak konflik antara Israel dan Hamas tercetus pada tahun 2023, dengan kehadiran anggota polis bersenjata ditempatkan secara berterusan.

Sementara itu, seorang sumber mengesahkan ketika ini tiada diplomat Israel ditempatkan di Turkiye.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif serangan serta latar belakang penyerang yang terlibat.

Must Watch Video