Skip to main content

Malaysia

Mengenang Ungku Aziz: Figura penting penubuhan Tabung Haji

71608111145_UngkuAziz.jpg
KUALA LUMPUR:Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid menjadi individu penting di sebalik penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH).

Penubuhan itu adalah menerusi 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji' kepada kerajaan pada 1959.

Berikut adalah beberapa fakta ringkas berkaitan penglibatan Ungku Aziz dalam tertubuhnya badan berkanun tersebut:

  • TH ditubuhkan pada 1963 dan seterusnya konsep yang diperkenalkan Ungku Aziz diperbaharui pada 1969 dengan gabungan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji.
     
  • Inisiatif ini sebagai persediaan tabung simpanan khsusus buat kesemua jemaah yang bakal mengerjakan ibadah haji.
     
  • Melakar sejarah apabila kaunter tabungan dibuka mulai 30 September 1963 dengan tabungan berjumlah RM45,610 daripada 1,281 orang penyimpan.
     
  • Turut beri pembahagian keuntungan yang bukan berunsurkan pembayaran bunga seperti  riba kepada penyimpan.

Kejayaan konsep Tabung Haji secara tidak langsung membawa kepada hasil rohaniah dan material:

  • Menggalakkan usaha dan disiplin jemaah untuk membuat simpanan sehingga mereka berjaya mengerjakan ibadah haji di Mekah.
     
  • Bertitik tolak daripada idea asal yang bertujuan membantu jemaah menunaikan ibadah haji itu secara tidak langsung dapat membantu pembangunan ekonomi negara.

BACA: Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman

BACA: Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap

BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa

BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati



Must Watch Video