Skip to main content

Malaysia

MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api

MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu kenaikan harga bahan api... kredit MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap lima individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel menerusi platform media sosial, Threads.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap lima individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel menerusi platform media sosial, Threads.

Menurut MCMC, daripada jumlah itu, tiga individu telah dipanggil bagi sesi rakaman percakapan untuk membantu siasatan lanjut.

"Aduan yang diterima mendapati kandungan yang disebarkan adalah tidak benar, mengelirukan serta berpotensi mencetuskan kegelisahan dalam kalangan pengguna.

"Dalam perkembangan sama, Buletin TV3 turut mengeluarkan penafian terhadap kandungan tular yang menggunakan identiti visual mereka.

"MCMC memaklumkan bahawa pihak Buletin TV3 telah membuat aduan rasmi, menjelaskan bahan tersebut bukan diterbitkan oleh mereka, sebaliknya dimanipulasi oleh pihak ketiga," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

MCMC berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

"Orang ramai turut diingatkan agar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam," ujarnya. 

Must Watch Video