Skip to main content

Malaysia

MCA dan Polis Brickfields perkukuh kerjasama banteras aktiviti jenayah

KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong ketika sidang media mengenai syarikat mengunakan nama orang lain untuk menipu orang ramai pada sidang media di Pejabat MCA.  --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap sindiket pinjaman wang haram (along) dengan menyasarkan bukan sahaja runner (orang upahan) tetapi juga dalang di sebalik operasi tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap sindiket pinjaman wang haram (along) dengan menyasarkan bukan sahaja runner (orang upahan) tetapi juga dalang di sebalik operasi tersebut.

Beliau berkata penguatkuasaan yang lebih ketat diperlukan untuk menangani punca utama dan membendung ancaman yang semakin meningkat akibat daripada aktiviti along.

Chong membuat gesaan itu susulan lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield, yang mana beliau turut diberi taklimat oleh Ketua ACP Hoo Chang mengenai beberapa siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, semasa perbincangan itu, Hoo mendedahkan bahawa beberapa runner along dan rakan subahat mereka yang disyaki terlibat dalam insiden simbahan cat baru-baru ini terhadap pemilik rumah yang tidak bersalah telah ditangkap oleh polis Ipoh dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pelbagai kes jenayah akan diserahkan kepada polis Brickfields untuk siasatan lanjut setelah siasatan awal di Ipoh selesai.

Selain itu, Chong juga menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dan mempertimbang mengembalikan undang-undang pencegahan berkaitan untuk membendung aktiviti pinjaman wang haram dengan lebih berkesan serta melindungi keselamatan awam.

Selain itu, katanya, pihak polis juga memberi taklimat mengenai kes melibatkan sebuah kolej yang didakwa mengeluarkan sijil palsu di bawah nama Universiti Malaya, yang telah dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Justeru, beliau menasihati individu yang terjejas supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan mereka.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement