Skip to main content

Malaysia

Mayat wanita ditemukan di pantai Kiamsam

81520696750_Bodies.jpg
LABUAN: Mayat wanita lengkap berpakaian ditemukan terdampar di pantai dekat Kiamsam semalam.

Ketua Polis Labuan Mohd Hamizi Halim berkata mayat mangsa dikenal pasti sebagai Raibah Mohd Sarip, dipercayai mempunyai sejarah penyakit jantung dan sedang menjalani rawatan.

"Tiada kecederaan pada mayat wanita tempatan itu dan mayat terbabit dihantar ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke balai polis terdekat.

-- BERNAMA

Must Watch Video