Skip to main content

Malaysia

Mayat kanak-kanak dipercayai diserang buaya ditemui

41450955137_Buaya.jpg
Mayat  seorang kanak-kanak lelaki  dipercayai mangsa serangan buaya di Kampung Bungin, Spaoh, Betong telah berjaya  ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira kira jam 3.45 petang tadi.

Mayat Fakrul Dahari, 11 tahun, telah ditemui oleh pasukan SAR  kira kira dua kilometer dari lokasi beliau hilang setelah dipercayai diserang oleh buaya dua hari lalu.

Mangsa dikatakan turut diheret oleh buaya berkenaan terus ke dalam sungai.

Pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini dilakukan dengan  bantuan pasukan SAR yang menggunakan kaedah  pencarian  di permukaan air dengan mengunakan bot.

Operasi disertai oleh lima anggota bomba dari  Balai Bomba dan Penyelamat  Betong, lima anggota polis, tujuh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan 17 anggota RELA dengan menggunakan beberapa buah bot agensi masing masing.

Operasi  diketuai oleh pegawai kanan zon Sri Aman, Timbalan Penguasa Bomba Raffy Saibi.

Must Watch Video