Skip to main content

Malaysia

Mayat anggota bomba lemas ditemui, adik masih hilang

jasad, bomba, lemas, pantai kandis, bachok, sinarharian
Jenazah Allahyarham Badrul Naim dibawa menggunakan kenderaan polis ke hospital. - Gambar/ Sinar Harian

BACHOK: Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Kandis di sini semalam, ditemukan lemas dan terdampar kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 12.15 tengah hari.

"Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) adik mangsa, Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, masih diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan hingga 10 kilometer di sepanjang pesisir pantai.

"Operasi yang digerakkan sejak petang semalam melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim)," katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Kandis di sini hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Ahmad Badrul Naim dan Ahmad Nurruddin  dipercayai ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama 20 ahli keluarga lain dari Pasir Puteh.

-- BERNAMA

Must Watch Video