Skip to main content

Malaysia

Mat Sabu terima kunjungan Menteri Pertahanan UK

41527736205_GavinWilliamson.jpg
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan United Kingdom, Gavin Williamson, di Wisma Pertahanan, di sini.

Ketibaan Williamson pada 8.50 pagi  disambut dengan kawalan kehormatan utama melibatkan 108 pegawai dan anggota daripada Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izhan Ahmad Rashidi.

Kunjungan kali pertama ke atas Mohamad itu antara lain  bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang. -- Bernama



Must Watch Video