Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir Ringlet dakwa diarah keluar dari pusat pemindahan sementara

61416153635_295x200.jpg
Tiga keluarga mangsa banjir Kampung Baru, Ringlet yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di dewan orang ramai Ringlet, bimbang dipaksa keluar dari pusat berkenaan.

Seramai 17 orang daripada tiga buah keluarga mendakwa diberi tempoh sehingga Rabu ini untuk keluar dari pusat pemindahan yang menjadi tempat berteduh selepas rumah mereka musnah akibat banjir lumpur baru-baru ini.

Seorang penduduk  tempatan P. Thilagawati mendakwa, mereka diarah untuk mengosongkan dewan sebelum Rabu ini, tanpa diberi tempat pemindahan yang baru mahu pun penjelasan.


Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands pada awal November, lima mangsa termasuk warga asing terkorban manakala lima lagi cedera.

Must Watch Video