Skip to main content

Malaysia

Majlis agama negeri disaran tubuh tabung wakap pendidikan

61361028731_295x200.jpg
Majlis agama Islam negeri-negeri disaran untuk menubuhkan Tabung Wakaf Pendidikan.

Langkah itu diharap dapat memantapkan lagi program Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (BPM1M).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ia bertujuan membantu kos pengajian pelajar-pelajar miskin.

Ujarnya, penubuhan tabung wakaf  itu dapat mengurangkan kebergantungan pada pinjaman yang akan memberi beban kepada pelajar untuk membayar balik pinjaman.

Dalam pada itu, tabung wakaf berkenaan turut sama  menerima sumbangan daripada orang ramai dan badan korporat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Masai.

Turut hadir sama adalah Adun Permas Jaya Datuk M. Munusamy.

Must Watch Video