Skip to main content

Malaysia

Lori pasir terbalik, Jambatan Pulau Pinang sesak

71519102702_LoriTerbalik.jpg
Sebuah lori muatan pasir terbalik di kilometer 7.6 Jambatan Pulau Pinang  dari arah Perai menuju ke bahagian Pulau menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk  di kedua-dua arah.

Kemalangan berlaku  sekitar jam 11.15 pagi selepas tayar lori berkenaan pancit menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan dan terbalik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, akibat kejadian itu, lori pasir  tersebut telah melanggar penghadang jalan lalu terbalik.

"Setakat ini, dua lorong ditutup sementara  bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pasir dilakukan oleh pihak PLUS,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jambatan Pulau Pinang

Nik Ros Azhar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Kemalangan menyebabkan aliran trafik dikedua- dua arah bergerak perlahan.

Must Watch Video