Skip to main content

Malaysia

Lebih 100 jemaah hadir solat jenazah ibu Dr Zaliha di Putrajaya

71766266166_TBtakziah.jpg
PUTRAJAYA: Lebih 100 jemaah hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Halimah Yaacob, iaitu ibu kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang meninggal dunia malam tadi.

Solat jenazah di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di sini diimamkan anak Allahyarham, Dr Mohd Shafie Mustafa, selepas Halimah dimandi dan dikafankan di masjid sama.

Selain Dr Zaliha dan ayahnya Mustafa Mohd Salleh, 91, turut bersama-sama menunaikan solat jenazah itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) Dr Khairul Nizam Othman serta ahli keluarga.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman di Johor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ar-Raudha Saleng, Kulai kira-kira 8 pagi hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 77 tahun di kediaman Dr Zaliha di sini akibat pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi.

-- BERNAMA







Must Watch Video