Skip to main content

Malaysia

KPDN Perak sita alat ganti tiruan telefon bimbit bernilai lebih RM20,000

Sumber: KPDN Perak
KPDN Perak menyita 1,107 unit alat ganti dan aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM21,415 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Ipoh, semalam. - Gambar KPDN Perak

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita alat ganti tiruan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM21,415 dalam serbuan ke atas sebuah premis perniagaan di sini, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 11.40 pagi itu turut disertai wakil Pemilik Cap
Dagang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan telah menemui 1,107 unit alat ganti dan barangan aksesori telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, premis itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah.

Menurut Kamalludin, kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

 

Must Watch Video