Skip to main content

Malaysia

PGA Briged Tengah bongkar sindiket e-waste haram, barangan RM187 juta dirampas

KUALA LUMPUR, 9 April -- Komander Briged Tengah PGA SAC Hakemal Hawari (kanan) menunjukkan maklumat ringkas mengenai Ops Hazard 3.0 pada sidang media di sini, hari ini.  Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah melumpuhkan aktiviti memproses sisa komponen elektronik (e-waste) secara haram menerusi Ops Hazard 3.0 di 14 premis sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, Isnin lepas.  Hakemal Hawari berkata seramai 56 warga asing dari China, Myanmar dan Bangladesh yang disyaki pekerja ditahan dalam operasi terb
Komander Briged Tengah PGA SAC Hakemal Hawari (kanan) menunjukkan maklumat ringkas mengenai Ops Hazard 3.0 pada sidang media di sini, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah melumpuhkan aktiviti memproses sisa komponen elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard 3.0 di 14 premis sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, Isnin lepas.

Komander Briged Tengah PGA SAC Hakemal Hawari berkata rampasan itu merangkumi 1,400 tan barangan e-waste, barangan lusuh dan produk akhir hasil daripada aktiviti pemprosesan tersebut yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM187 juta.

Beliau berkata 56 warga asing dari China, Myanmar dan Bangladesh berusia antara 30 hingga 50 tahun yang dipercayai pekerja di premis tersebut turut ditahan dalam operasi itu.

"Siasatan awal mendapati kilang haram ini menggaji pekerja tanpa permit sah yang dibayar gaji rendah antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan, dan dipercayai telah beroperasi antara dua hingga tiga tahun," katanya pada sidang media di Markas PGA Briged Tengah di sini hari ini.

Hakemal berkata pihaknya percaya semua sisa e-waste terbabit dibawa masuk dari luar negara untuk diproses di kilang terbabit, namun setakat ini tiada pemilik premis yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan dalam operasi itu.

Beliau berkata serbuan dilakukan di 10 lokasi di Selangor serta masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Johor dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pasukan Gerakan Udara (PGU), Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kes disiasat di bawah beberapa akta termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video