KUALA LUMPUR: Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat dan Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat.
Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat sarjana antarabangsa, Profesor Seyyed Vali Reza Nasr.
โMoga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,โ katanya dalam hantaran di media sosial pada Rabu.
Perdana Menteri berkata, Vali Reza yang juga penulis dan pakar hubungan antarabangsa serta pengajian Islam itu berada di negara ini atas undangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Katanya, beliau memanfaatkan pertemuan itu dengan bertukar pandangan berhubung konflik Asia Barat dengan membincangkan kesannya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global.
Vali Reza ialah Profesor Majid Khadduri bagi Pengajian Asia Barat dan Hal Ehwal Antarabangsa di Fakulti Pengajian Antarabangsa Lanjutan, Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.