Skip to main content

Bisnes

JS-SEZ: Perbezaan nilai mata wang tidak kurangkan potensi Johor menarik bakat - Hasni

41764087469_JSSEZ.jpg
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ialah inisiatif strategik Malaysia dan Singapura untuk membentuk zon ekonomi rentas sempadan. - foto fail

KUALA LUMPUR: Perbezaan nilai mata wang Malaysia dan Singapura tidak mengurangkan potensi Johor untuk menarik bakat berkualiti.  

Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Negeri Johor, Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri bertindak melahirkan bakat yang diperlukan industri dan syarikat-syarikat telah menunjukkan kesediaan untuk menawarkan gaji permulaan yang tinggi kepada bakat-bakat tersebut.

"Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) ini memastikan kita bersedia dengan bakat-bakat yang diperlukan untuk penuhi permintaan pasaran. Bertitik tolak daripada situ kita telah lihat syarikat-syarikat bersedia untuk menawarkan gaji minimum (RM4,000 hingga RM5,000).  

Walaupun kita tahu cabaran kita ialah Singapura dengan perbezaan nilai mata wang, RM4,000 hingga RM5,000 itu masih rendah daripada gaji purata yang ditawarkan di sana (Singapura),โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

JS-SEZ: Perbezaan nilai mata wang tidak kurangkan potensi Johor menarik bakat - Hasni

Menurut Pengerusi Pusat Kemampanan Johor itu, melalui usaha sama dengan institusi pendidikan, kerajaan negeri telah menggerakkan inisiatif melatih bakat-bakat tempatan yang berada di posisi strategik dalam sesebuah organisasi yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang ekonomi baharu.

โ€œSaya ada hadiri satu usaha sama dengan Rome Business School (RBS) untuk melatih syarikat-syarikat yang berhasrat untuk kembangkan operasi agar (pemegang) jawatan-jawatan penting yang berkait dengan eksport dan rantaian bekalan global ini boleh dapat (akses) kepada teknologi-teknologi, data dan maklumat terkini,โ€ ujarnya.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) ialah inisiatif strategik Malaysia dan Singapura untuk membentuk zon ekonomi rentas sempadan yang menggabungkan kekuatan Johor dari segi tanah, tenaga kerja dan kos operasi dengan kelebihan Singapura dalam kewangan, teknologi dan jaringan global.  

Pada Januari 2025, kedua-dua negara memeterai perjanjian rasmi JS-SEZ, sekali gus menetapkan hala tuju baharu kerjasama ekonomi dua hala yang menyasarkan kemasukan 100 projek dalam 10 tahun dan penciptaan 20,000 pekerjaan mahir. 

Agenda AWANI: Krisis bekalan global | Impak pembangunan JS-SEZ

Must Watch Video