Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Bekalan minyak kekal stabil hingga Jun ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, April 7 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivers his keynote address during The Kuala Lumpur-Ankara Dialogue 2026 today.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Anwar (foto) berkata walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara ini pada masa sama masih mengimport produk petroleum tertentu, terutama bahan api premium yang berkos lebih tinggi. -Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekalan minyak negara dijangka kekal stabil sehingga Jun ini meskipun berdepan kemungkinan gangguan harga dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara ini pada masa sama masih mengimport produk petroleum tertentu, terutama bahan api premium yang berkos lebih tinggi. 

“Buat masa ini, unjuran sehingga Mei dan Jun menunjukkan bekalan kekal stabil. Walaupun kita pengeluar minyak, Malaysia juga adalah pengimport bersih bagi produk tertentu,” katanya. 

Beliau berkata, kestabilan bekalan itu disokong oleh rekod prestasi cemerlang Petronas serta hubungan baik dengan negara pengeluar minyak, sekali gus mengelakkan krisis bekalan. 

Bagaimanapun, katanya, gangguan dari segi harga mungkin berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang berikutan faktor bekalan global. 

Beliau berkata demikian pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026, di sini, pada Selasa. 

Dalam pada itu, Anwar berkata Malaysia sedang meneroka peluang kerjasama secara lebih agresif dengan Turkiye dalam pelbagai sektor strategik, termasuk gas asli cecair (LNG) dan semikonduktor. 

Menurutnya, Malaysia berada pada kedudukan kukuh dalam sektor LNG berikutan kapasiti pengeluaran domestik yang besar, selain sokongan import berterusan dari Australia menerusi perjanjian jangka panjang. 

Pada masa sama, kejayaan operasi Petronas Canada turut menyumbang kepada peningkatan keupayaan dan kecekapan sektor minyak dan gas negara.

 

Must Watch Video