Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Bank Dunia gariskan tiga bidang untuk Malaysia perkukuh kedudukan

KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) bercakap pada sesi Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 9, 'Memacu Ekonomi Malaysia: Peranan Sektor Kewangan dan Reformasi Struktur Dalam Mendepani Ketidaktentuan Geopolitik Global' di Sasana Kijang Kuala Lumpur malam ini.  Turut serta Menteri Kewangan Il Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua, kanan), Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour (kiri) dan Ketua Ekonomi Bank Dunia di Malaysia Dr Apu
Apurva Sanghi berkata, kerajaan perlu menggunakan krisis ini untuk “merebut beberapa peluang” yang timbul daripada persekitaran semasa, sambil terus menguruskan tekanan dengan segera. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Bank Dunia menggariskan tiga bidang utama yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya dalam jangka masa panjang di tengah-tengah cabaran global semasa yang timbul daripada konflik di Asia Barat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, kerajaan perlu menggunakan krisis ini untuk “merebut beberapa peluang” yang timbul daripada persekitaran semasa, sambil terus menguruskan tekanan dengan segera.

"Perkara pertama, percepatkan peralihan tenaga pintar," kata beliau sambil menekankan bahawa usaha itu harus melangkaui kenderaan elektrik dengan merangkumi tenaga boleh baharu dan penyimpanan, jika tidak, ia hanya beralih sedikit daripada minyak kepada elektrik.

"Yang kedua, Malaysia boleh menjadi hab pelancongan serantau dengan menambah infrastruktur, kesalinghubungan dan kedudukan yang diperlukan untuk menyokong aspirasi itu," katanya pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri 9 di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara ketiga ialah Malaysia perlu menempatkan dirinya untuk menarik aliran modal dan membangunkan pengurusan kekayaan yang mana ia memerlukan penambahbaikan dalam infrastruktur kewangan.

Bidang-bidang itu mewakili peluang jangka panjang yang boleh dibangunkan oleh Malaysia, walaupun kerajaan menumpukan perhatian kepada menguruskan kesan segera yang tercetus daripada ketidaktentuan global, tambahnya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video