Skip to main content

Malaysia

Ketua 'Geng Rames' didakwa di mahkamah

ALOR SETAR, 2 Jun -- Lelaki dipercayai ketua ‘Geng Rames’, G. Ramesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.  Mengikut pertuduhan Ramesh, 37, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Rames' di Kampung Sungai Division, Kuala Muda, antara Jan 2024 hingga 4 Dis 2025.  Pendakwaan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum lima tahun hingga maksimum 20 tahun.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TER
G Ramesh didakwa di Mahkamah Sesyen di Alor Setar hari ini kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang. --fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Seorang lelaki dipercayai ketua ‘Geng Rames’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana terlibat dalam kumpulan jenayah terancang. 

Mengikut pertuduhan G. Ramesh, 37, didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Rames' di Kampung Sungai Division, Kuala Muda, antara Jan 2024 hingga 4 Dis 2025.

Pendakwaan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum lima tahun hingga maksimum 20 tahun.

Ramesh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh diwakili peguam S. Shathish.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu telah ditahan menerusi Op Tiga pada 22 Mei lepas hasil kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar dilaporkan berkata suspek ditahan ketika dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama pihak berkuasa kedua-dua negara itu. 

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement