Skip to main content

Malaysia

Ketampakan rendah di perairan Malaysia sehingga Isnin

41442279102_JerebuPerairan.jpg
Jarak ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan sama turut berlaku di selatan Selat Melaka, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South.

Keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran, tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, angin kencang barat daya antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter yang berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Isnin, serta berlarutan sehingga Rabu di perairan Phuket.

Keadaan itu adalah berbahaya untuk bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.


Must Watch Video