Skip to main content

Malaysia

Keputusan DNA William Yau akan dipercepatkan

41358899982_120x90.jpg
Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan keputusan DNA mayat William Yau Zhen Zhong yang dijumpai di Pelabuhan Klang petang Khamis lalu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan ia bagi mengelak sebarang kesulitan kepada keluarga mangsa.

Tiong Lai berkata keputusan itu diharap dapat diketahui sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam ujian dibuat.

Sebolehnya,  beliau berharap pengesahan DNA akan dapat diketahui pada Selasa.

Sebelum ini, ibu bapa William membuat pengecaman mayat kanak-kanak yang ditemui 16 januari lalu.

Ia berdasarkan pakaian dan kesan parut pada mangsa.

Must Watch Video